Mencari Pakar SEO Malaysia adalah satu pilihan yang tepat.
Namun anda juga perlu sedar apabila mencari seorang seo specialist itu pasti datang dengan risiko tertentu.
Ini kerana anda belum melihat track record mereka yang claim diri mereka sebagai Pakar SEO Malaysia.
Selain itu khidmat seo yang biasa ditawarkan adalah mencecah ribuan ringgit.
Jom lihat screenshot dibawah dari perkongsian seorang Dr Pakar Bedah di Reddit.

Basically Doktor ini bertanya tentang khidmat seo dan beberapa soalan yang berkaitan dengan Google Business Profile, SEO Backlink, Domain Authority.
Selain itu dia bertanya tentang harga yang dibayar dan tahap berjaya atau tidak.
Sebentar lagi saya akan ulas tentang perkara ini.
Tapi jom berkenalan dengan saya terlebih dahulu.
Azham Zanal Pakar SEO Malaysia

Ini pula adalah petikan dari Laman 101s.my yang menyenaraikan saya sebagai salah seorang Pakar SEO Malaysia.
Ini adalah dari laman web yang ranking muka 1 Google untuk carian Pakar SEO Malaysia.

Seperti ditulis diatas, saya adalah seorang online seller yang menggunakan website.
Dan teknik seo untuk menawan ranking nombor satu Google.
Beliau adalah salah seorang anak murid saya.
Selain itu beberapa orang lain yang disenaraikan dalam web tersebut juga merupakan anak murid saya.
Selepas membeli panduan seo saya. Mereka juga hadiri kelas seo wcb premium, mereka mampu brandkan diri mereka sebagai Pakar SEO.
Saya masih ingat seorang client tetap saya.
Namanya Syawal dan beliau telah hubungi saya untuk bertanya service seo.
Secara amnya, saya masa itu menawarkan khidmat penulisan artikel seo.
Artikel seo ini ditulis didalam blog website wordpress.
Bagi yang tidak tahu, WordPress adalah engine blog yang paling mesra seo.
Didalamnya terdapat beberapa element.
- Page – Tempat anda letakkan laman jualan, service dan pelbagai perkara
- Blog – Tempat artikel dengan keyword targeted di tulis.
Beliau asalnya telah melanggan khidmat penulisan artikel dari salah satu jenama yang kuat juga.
Harga yang dibayar adalah RM1500 untuk 2 artikel.
Selepas mendapatkan khidmat penulisan artikel seo saya yang berharga RM750 untuk 3 artikel, beliau sangat berpuas hati.

Beliau akhirnya jadi pelanggan tetap saya. Bila ada produk baru, proses buat website dan seo diserahkan kepada saya.
Saya ada meneliti artikel yang di tulis oleh syarikat tersebut.
Memang hanya “rambling” artikel saja tanpa ada ciri khas seo.
Artikel tersebut juga bukanlah ditulis oleh pakar.
Sebaliknya di hasilkan seseorang yang bergelar “student”.
Sudah tentu jika hire student yang menulis, upahnya sangat murah.
Kawan saya seorang blogger terkenal pernah mendapatkan khidmat tulis artikel dari student.
Upahnya hanya RM15 untuk satu artikel.
Jadi anda boleh bayangkan bagaimana syarikat itu melakukan kerja yang tidak bertanggung jawab ini.
2 artikel dengan kos katalah RM100 dia bayar.
Hanya penulisan artikel cakap – cakap kosong dan tidak ada sebarang element seo.
RM1400, syarikat tersebut dapat dengan bergaya.
Oh ya lupa nak mention yang syarikat ini juga ada menghadiri kelas seo saya pada tahun 2018.
Setelah itu saya ada sediakan nota – nota pembelajaran yang hanya boleh diguna untuk diri sendiri dan bukan untuk dijual semula.
Satu hari masa PKP posting beliau lalu di timeline facebook saya. Dia mengajar orang buat seo pula.
Dia meng-claim tentang seorang pelajarnya telah mengambil nota – nota seo yang beliau edarkan dalam kelas zoom.
Katanya pelajar tersebut mengambil dan menggunakan bahan pengajaran “miliknya” dengan logo syarikat pun tidak ditukar.
Ia disertakan dengan tangkap layar, dari seseorang yang menyamar join kelas seo pelajarnya.
Dan terpapar nota seo milik saya, yang ditukar logo syarikat beliau dan digunakan oleh pelajar beliau untuk ajar seo.
WAW Claim Dia Itu Miliknya!
Tujuan saya menulis disini bukan untuk mencari gaduh atau apa – apa.
Sebaliknya anda boleh nilaikan sendiri.
Saya tak mahu mention nama syarikat.
Dan saya halalkan ilmu yang diberikan.
Jadi betullah saya adalah seorang Pakar SEO Malaysia yang sebenar.
Jika anda boleh dapat gurunya, kenapa anda nak dapatkan dari Copycat yang mengenakan harga ribuan ringgit.
Khidmat SEO Murah
Penyebab khidmat seo saya murah mungkin kerana waktu itu saya bekerja secara freelance.
Maknanya saya tiada pekerja dan tiada gaji yang nak dibayar.

Namun sesiapa yang pernah bekerja dengan saya pasti tahu betapa tegasnya permintaan saya.
Saya ada outsource kepada beberapa orang penulis seperti rakan blogger, pensyarah berpangkat doktor dari UTM dan penulis dari Kumpulan Karangkraf.
Mereka semua tahu pedihnya kalau artikel kena reject.
Ya saya pernah reject artikel yang saya outsource kepada mereka.
Ia perlulah mengikuti skema yang saya inginkan.
Elakkan bermain dengan isu sensitif seperti perkauman, politik, raja dan agama.
Saya dapat RM750 untuk 3 artikel, saya beri semua RM750 kepada mereka.
Itu juga pernah saya lakukan semasa perintah kawalan pergerakan.
Ramai orang kehilangan kerja atau tidak menerima gaji.
Jadi saya berikan semuanya kepada mereka.
Seingat saya pelanggan ambil 3 set yang mengandungi 9 artikel, fokus pada pelajar lepasan SPM.
Ianya adalah bisnes bermusim dan pelanggan sangat berpuas hati.
Katanya beliau dapat lebih sejuta pelawat yang mencari info berkaitan.
Sekarang saya nak kupaskan tentang pertanyaan dari Reddit tadi.
Perkara Terbaik Untuk SEO
Soalan 1 : Perlukan Reply Soalan Dalam Google Business Profile
Perkara perlu diketahui tentang Google Business Profile (GBP) adalah PERSAINGAN.

Dalam GBP hanya 3 map listing saja yang muncul dalam sesuatu carian.
Jadi adalah penting untuk jawab semua soalan bakal pelanggan tentang perniagaan anda.
Google sukakan content yang sentiasa berupdate dan up to date.
Contohnya di Malaysia kita ada banyak cuti perayaan.
Google akan hantar email setiap bulan untuk bertanya sama ada kedai anda akan dibuka pada cuti perayaan.
Tujuannya supaya mereka boleh sediakan jawapan “Paling Relevan” pada carian pelanggan.
Sebagai contoh saya pernah hadapi masalah tayar bocor, dan tayar spare tidak cukup angin.
Ia juga ternyata lebih kecil dari tayar biasa.
Setelah semak pada Google ternyata ada bengkel yang sedang buka pada jam 10 malam.
Namun hampa apabila saya sampai bengkel tersebut tutup.
Nampak tak kesusahan yang saya alami, terpaksa berpatah balik dengan double signal, akibat GBP yang tidak berupdate.
Ini yang Google nak tekankan. Profile yang sentiasa berupdate.
Jadi sebagai Pakar SEO Malaysia, saya beritahu adalah wajib reply pertanyaan pelanggan.
Dan pastikan content sentiasa di update.
Soalan 2 : Adakah Domain Authority Penting?
Domain Authority penting tetapi tengok pada jenis website tersebut.
Dulu kala terdapat “Google Toolbar” yang ada tunjukkan “Rank” sesuatu domain website.
Ia sebagai tanda website tersebut sebagai dipercayai, mempunyai pelawat atau biasa – biasa.

Laman seperti social media yang mempunyai banyak pengguna.
Ia biasanya ada “Google Page Rank” yang tinggi.
Dengan wujudkan content dan link ke website kita akan beri kedudukan yang baik pada website kita.
Google telah mansuhkan toolbar ini.
Ini kerana ia telah di exploitasi oleh penyedia khidmat seo.
Mereka sasarkan untuk masukkan link website anda di laman yang ada Google Page Rank yang tinggi.
Tapi muncul pula syarikat lain yang bukan dari Google.
Tetapi tawarkan ciri seakan sama yang disebut Domain Autority dan Page Authority.
Persoalannya adakah ia penting?
Seperti saya nyatakan tadi tengok jenis website.
Google tahu jika anda lakukan “spam” didalam website.
Contohnya jika website anda tentang bengkel kereta, tiba – tiba ada link menjual kerepek milik isteri anda, Google tahu ia spam.
Ini kerana link tadi tidak relevan dan tidak diklik pelawat.
Dalam Browser telefon dan komputer anda ada Google Bot.
Ia perhatikan tingkah laku pelawat dan hantar data ini keserver Google.
Dari situ ia tahu jika link kerepek itu adalah spam.
Link ini biasanya tidak di klik dan jika di klik pun, pelawat tidak akan berada lama di dalamnya.
Sama juga jika anda buat backlink dari laman authority tinggi yang menjual bunga tetapi promosikan bengkel kereta.
Ia tidak relevan dan tidak berikan impact seo.
Jika laman tersebut sama niche, contoh bengkel kereta link ke kedai tayar, sudah tentu ia banyak klik dan ada data yang baik untuk Google beri ranking.
Soalan 3 : Backlink Vs Content Yang Mana Penting?
Kedua – duanya adalah penting. Tetapi content adalah paling penting.
Berapa banyak adalah tidak begitu penting.
Tetapi perlu ada “pengkhususan keyword atau content” dan seo di buat secara berkesan.
Sebagai seorang Pakar SEO Malaysia, mari saya terangkan lebih mendalam.
Contohnya anda buat service kereta sewa di Penang dan ada banyak jenis kereta.
Jadi anda boleh buat artikel berikut:
- Harga sewa kereta Axia Penang
- Harga sewa kereta Myvi Penang
- Harga sewa kereta Vellfire Penang
Dengan mewujudkan artikel yang berkaitan ini dapat hasilkan content yang lebih targeted.
Content adalah penting kerana ia dapat target banyak keyword yang di cari pelanggan.
Backlink pula dibuat pada laman web berauthoriti tinggi. Namun tidak semestinya begitu.
Ia masih boleh dibuat pada laman blog percuma tetapi sama niche.

Contohnya laman Blogger, WordPress, Tumblr adalah blog percuma.
Didalam blog ini mempunyai content yang sama niche dan ia adalah milik anda sendiri.
Maknanya anda ada kuasa penuh untuk wujudkan content yang berkualiti dan sama niche.
Melaluinya anda linkkan blog post ke website utama anda.
Anda boleh masukkan 1 ke 4 link ke website utama disamping internal link dalam blog tersebut.
Buat 10 – 20 artikel, guna AI seperti ChatGPT pun boleh.
Tapi pastikan setiap artikel di publish pada hari berlainan.
Google tidak suka content yang banyak di hasilkan dalam satu hari. Ia nampak tidak natural.
Jika ada masa anda boleh tulis sendiri dan itu lebih baik.
Sekiranya website anda sudah submit di Google Search Console melebihi 100 hari.
Ini adalah waktu paling sesuai untuk beli backlink.
Di laman web yang ada tawarkan khidmat seo seperti Fiverr memang ada sediakan khidmat buat backlink.
Kualiti Vs Kuantiti Backlink
Saya cadangkan anda untuk dapatkan backlink kurang 50 dan boleh target sekurangnya 3 keyword.

Macam saya nyatakan jika backlink yang sama niche, itu lebih baik.
Tapi harganya memang tinggi. Jika generic niche masih okey, harga pun berpatutan.
Biasanya untuk generic backlink ini saya akan linkkan dengan artikel di blog percuma.
Manakala yang sama niche ini saya akan linkkan ke website utama. Sama ada main domain atau artikel.
Ada banyak penyedia khidmat seo yang tawarkan 500, 10,000, malah sejuta backlink pada harga sekitar $10.
Semua ini menggunakan software dan berunsur spam.
Pendapat saya sebagai Pakar SEO Malaysia, sangat tidak galakkan anda buat cara ini.
Apabila Google membuat update algoritma, biasanya setahun 4 – 6 kali.
Resultnya lepas beberapa ketika website anda akan turun ranking.
Harga Service SEO
Soalan 4 : Berapa Harga Patut Bayar
Terakhir adalah berapa harga yang patut anda bayar untuk khidmat buat seo.
Menurut Doktor dari Reddit tadi range harga dari USD 250 hingga USD 1000.
Jika di Azham NotaSEO, dengan kos sara hidup yang makin naik, harga khidmat SEO saya masih sama seperti 10 tahun yang lalu.
Semak Sini : Khidmat Tulis Artikel SEO – RM750 (3 Artikel)
Semak Juga : Khidmat Tulis SEO Product Description – RM180
Jika Perlukan : Khidmat Buat Website Murah Bermula RM700
Averange sahaja harga service seo saya.
Sebenarnya khidmat seo ni ada banyak dan meliputi berbagai service.
Tapi sebagai Pakar SEO Malaysia, saya tahu apa yang anda perlukan untuk ranking di Google sambil jimatkan kos.

