Sedang fahamkan tentang apakah SEO Keyword? Tentu sekali kerana ia bermaksud pelanggan percuma dari Google.
Ramai orang cuba berjinak dengan seo. Mereka mula hasilkan artikel yang harapnya akan dapat tawan ranking nombor #1 Google.
Tapi akhirnya kecewa kerana penantian sekian lama tidak datangkan sebarang hasil.
Di manakah silapnya?

Jadi dalam posting hari ini saya nak kongsi dengan anda 4 jenis keyword dan 2 darinya memang dijadikan untuk anda.
Saya terlihat satu posting di facebook berbunyi:
Service SEO, Kawan Saya Boleh Rankingkan Apa – Apa Keyword Yang Anda Mahu!
Saya Azham NotaSEO yang cukup terkenal sebagai salah seorang Pakar SEO Malaysia, terus triggered dan komen.
Ye ke boleh, macam tu saya nak rank keyword iPhone 16 boleh ke?
Krik krik krik.. tiada balasan. Hehehe.
Saya sebenarnya bukanlah bersikap sakarstik, sebaliknya saya mahu mereka sedar yang bukan semua keyword tu milik anda.
Tapi itu adalah caranya saya ingatkan para pengamal seo supaya tidak menjerat diri sendiri.
Pasti buruk padahnya jika pelanggan minta bayaran balik akibat tidak dapat ranking bagi keyword yang saya sendiri pun tak pernah janjikan pada pelanggan.
Jadi adalah penting untuk fahamkan Jenis – Jenis Keyword SEO, supaya anda tidak buat kerja sia – sia.
Ada 4 Jenis Keyword SEO
Dalam SEO terdapat 4 jenis keyword iaitu
- Informational Keyword
- Commercial Keyword
- Transactional Keyword
- Navigational Keyword
Mari saya kupaskan satu persatu.
Informational Keyword

Jika anda sedang jalankan kempen pengiklanan Google, ia mesti dielakkan. Dan biasanya para advertiser faham sebabnya.
Ini kerana carian ini tidak ada “Niat Membeli”.
Tapi dalam SEO, ini adalah keyword yang anda wajib cuba untuk ranking.
Ini kerana carian keyword ini sangat banyak. Dan peratusan yang membeli mungkin sekitar 1% – 2% sahaja.
Maknanya jika pengiklan target keyword ini, dari 100 klik mereka mungkin dapat 1-2 orang pembeli.
Kena faham yang pengiklan membayar contohnya RM3 untuk 1 klik.
Jika 100 klik sudah RM300 kos iklan. Sedangkan keuntungan jualan satu produk cuma RM50.
Jadi ia mendatangkan kerugian kepada pengiklan.
Tapi Kalau Anda Buat SEO, Apa Ada Hal!
Sebab semua klik yang anda dapat adalah percuma. Jadi anda dapat RM50 ke RM100 untuk setiap 100 pelawat.
Kalau 500 pelawat sehari dah cecah RM500 untung lumayan kan?
Apakah Contoh Informational Keyword
Carian keyword ini biasanya dimulai dengan perkataan
- Cara
- Bagaimana
- Apa
- Resepi
- Tempat
- Petua
- Tips
- Bila
- Siapa
Contoh Search Result SEO Keyword Informational

Ini result untuk keyword cara

Ini result untuk resepi

Ini result untuk keyword bagaimana

Ini result untuk keyword tempat
Contoh artikel
- Cara masak air, cara hilangkan tandas tersumbat, cara besarkan xxx
- Bagaimana buat kajian keyword, bagaimana menukar lampu kereta
- Apa beza lelaki dan perempuan, apakah kegunaan sabut kelapa
- Resepi nasi goreng kampung, resepi nasi dagang
- Tempat menarik di Sabah, Tempat Makan Viral Di Melaka
- Petua lembutkan daging, petua hilangkan batuk berpanjangan
- Tips menulis artikel seo, tips memilih kata kunci seo
- Bila Malaysia Merdeka, Bilakah STR fasa 4
- Siapa Isham Jalil, Siapakah pencipta Lagu Kebangsaan
Nampak tak yang seo keyword ini tidak ada fokus membeli. Mereka cari info percuma sahaja.
Tapi kadang – kala ada juga keyword yang boleh hasilkan jualan seperti petua batuk berpanjangan.
Cumanya situasi kebanyakkan orang dalam carian ini adalah melalui cara percuma dulu.
Macam biasa kita dengar guna kicap campur perahan limau. Solusi yang ditawarkan memang murah.
Apa Peluang Pemain SEO Untuk Keyword Informational?
Selepas anda beri apa yang mereka mahu, anda ajak mereka jaga kesihatan.
Boleh suggest beli multivitamin yang anda jual. Jadi member ajak buat bisnes.
Kalau carian resepi mungkin boleh jual ebook resepi atau affiliate shopee, tiktok.
Tapi seperti saya nyatakan, dalam 100 pelawat mungkin 1-2 orang saja yang membeli.

Itu kalau cara direct menjual. Anda boleh juga ajak mereka subscribe email marketing.
Oleh kerana mereka sukakan benda percuma, anda boleh offer 1-3 solusi jika download ebook percuma.
Pastikan anda buat satu landing page dan ajak mereka subscribe email newsletter anda.
Sebabnya mereka ni belum faham tentang perniagaan anda.
Dengan email marketing anda boleh suai kenal dan bina kepakaran.
Bila dia nampak anda ada “sesuatu” boleh jadi pelanggan.
Lagipun 95% pelawat yang datang ke website anda tidak akan kembali lagi.
Jadi jika anda ada 10 artikel seperti ini, yang hasilkan 500 pelawat sehari.
Dan 5% subscribe ke email list anda, itu sudah 25 orang sehari.
Sebulan 750 orang. Agak – agak boleh convert 3% pembeli tak?
Kelebihannya anda bukan jual sekali saja. Anda boleh jual berkali – kali.
Seterusnya kita akan berkenalan dengan keyword seo kedua yang website anda boleh rank.
Commercial Keyword

Commercial Keyword pula adalah keyword yang boleh hasilkan banyak jualan.
Ini kerana pelawat yang mencari keyword ini sudah “Sebelah Kaki Ingin Membeli”.
Anda cuma perlu yakinkan mereka yang offer anda lebih baik dari pesaing.
Apakah Contoh Commercial Keyword
Berikut adalah contoh seo keyword jenis commercial
- Review
- Perbandingan
- Kesan Sampingan
- Keberkesanan
- Kesan
- Testimoni
- Kelebihan
- Perbezaan
- Ciri
- Fungsi
Contoh Search Result SEO Keyword Commercial

Ini result untuk keyword kelebihan, khasiat

Ini contoh result bagi seo keyword perbezaan

Ini result untuk keyword testimoni

Ini result untuk keyword kesan sampingan
Ini adalah contoh seo keyword jenis commercial yang anda boleh guna.
Ia juga mudah rank dan target nama produk yang anda jual.
Maksudnya jika kita bandingkan information keyword tadi, niat pelawat bukan membeli.
Tapi keyword ini, pelawat dalam mood membeli.
Mereka cuma nak kepastian dan perlu di yakinkan.
Contoh Artikel:
- Review Jujur Minyak Raja Harimau, Review SEO Algo Fix
- Perbandingan Max Moringa Vs Moringa Plus
- Kesan Sampingan BB Cream Simplysiti
- Keberkesanan Ohsolah Car Interior
- Kesan Baik Panadol Extend
- Testimoni Pengguna Honda City Lepas 3 Tahun
- Kelebihan Tayar Goodyear
- Perbezaan Bold 5W30 Dengan Bold 5W40
- Ciri Vimax Original Dan Tiruan
- Fungsi Dyson Hair Dryer
Nampak? Semuanya ada mention nama produk.
Maknanya pelawat berpotensi untuk di tukarkan kepada pelanggan.
Mereka sudah sebelah kaki ingin beli.
Jadi apa langkah seterusnya yang anda boleh buat.
Contoh Content Untuk Produk Anda
Katakan anda menjual produk xxx, anda boleh pelbagaikan setiap artikel seperti berikut:
- Testimoni Pengguna XXX
- Kesan Sampingan XXX
- Harga XXX
- Kelebihan XXX
- Fungsi XXX
Haa macam mana? Dah faham ke cara penggunaan keyword seo yang betul.
Tahukah Anda?
Anda sudah baca 900+ perkataan dalam artikel ini.
Ini kerana teknik penulisan artikel juga ada caranya.
Hanya Pakar SEO Sebenar Mampu Drag Anda Baca Sampai Disini.
Semaklah Sini : Khidmat Tulis Artikel SEO
Baca Juga : Kenali Pakar SEO Malaysia
Seterusnya kita nak sambung kepada kepada keyword seterusnya.
Transectional Keyword

Dalam SEO, keyword jenis Transectional ni anda sebenarnya tidak boleh guna.
Tapi untuk pasaran Malaysia sebenarnya masih boleh digunakan.
Untuk website anda ranking bagi carian ini sangat sukar.
Walau tidak mustahil, tapi duduk pada tangga terakhir 1st page Google lah.
Yang mana tak ada siapa pun yang akan klik website anda.
Ini kerana seo keyword jenis Transectional ini adalah milik website high authority.
Apakah Contoh Transectional Keyword
Berikut adalah contoh seo keyword transectional
- Diskaun
- Promo
- Promosi / Promotion
- Harga
- Coupon / Kupon
- Deal / Deals
- Cheap / Murah
- Offer
- Sales
- Jualan
Contoh Search Result SEO Keyword Transectional

Ini result untuk keyword promo

Ini result untuk keyword jualan

Ini result untuk keyword kupon

Ini result untuk keyword cheap

Ini result untuk keyword offers
Inilah dia contoh keyword seo jenis transection.
Keyword ini biasanya berbentuk promosi.
Ia sememangnya untuk website marketplace seperti Shopee, Lazada, Ali Express, Zalora dan banyak lagi.
Tapi kalau anda perasan terdapat juga keyword Social Media yang ranking.
Termasuk dari Facebook, Instagram, Tiktok dan Youtube.
Ini kerana domain – domain ini memiliki authority yang cukup tinggi dan popular.
Tapi kenapa Twitter / X dan Threads tidak tersenarai?
Jawapannya kerana tidak cukup data yang boleh di masukkan pada sesuatu status.
Google biasanya ambil 160 ansara pertama untuk rankkan sesuatu content.
X cuma benarkan sekitar 160 ansara, dan threads lebih panjang sedikit.
Akan tetapi website seperti marketplace dan social media diatas memang mengandungi banyak words dalam listing.
Lebih banyak perkataan, ia jadi lebih relevan.
Jadi Google akan utamakan website yang mengandungi lebih banyak info, berbanding yang cukup – cukup sahaja.
Contoh Listing Dan Artikel :
- Diskaun Pembukaan Econsave Baru
- Black Friday Promo
- Promosi Cuti Sekolah
- Harga Runtuh Jualan Rumah Baru
- SEMRush Discount Coupon
- Cyber Monday Deals
- Cheap VPS In USA
- Offer Besar – Besaran Hari Merdeka
- Year End Sales
- Jualan Penghabisan Stok
Apa Peluang Anda Untuk Kuasai Transectional Keyword
Anda kena faham yang ini adalah keyword untuk marketplace.
Jika anda ada website dan blog sekalipun, anda sukar nak rank tinggi.
Tambah lagi biasanya website yang High Authority akan duduk tempat tertinggi.
High Authority ni biasanya domain sudah lama, lebih 10 tahun.
Jadi pilihan yang ada untuk website anda adalah dengan wujudkan Online Shop.
Online Shop anda mestilah lengkap dengan Format Google Schema.
Ada review, berapa bintang dan domain sudah authority.
Saya ada lihat beberapa website multi level marketing milik ahli menggunakan online shop boleh tersenarai.
Itu biasanya kerana pihak HQ tidak benarkan jualan menggunakan Marketplace.
Oleh itu cara paling berkesan adalah menggunakan Marketplace seperti Shopee, Lazada, Zalora dan sebagainya.
Facebook Marketplace tak sesuai kerana listing akan expired lepas 2 minggu.
Tetapi Facebook Page, Youtube, Instagram boleh digunakan dengan syarat terdapat banyak content.
Paling baik adalah gunakan Iklan Google Ads.
Ini bukan lagi kaedah seo dahlah, tapi untuk kejar sales itu yang anda boleh guna.
Seterusnya kita nak tengok seo keyword yang terakhir yang mana anda tak boleh rank.
Tetapi jika itu brand anda, tentu sekali boleh.
Navigational Keyword

Untuk Navigational Keyword, ia untuk sesuatu brand.
Yang mana pada awal cerita tadi, terdengar seseorang kenalan FB yang kata boleh rankkan apa – apa keyword pun.
Itu yang saya kata macam tu saya nak rank keyword iPhone 16.
Kenapa Tak Boleh?
Kalau boleh sekalipun kita tidak dapat nak pastikan “Niat” pencari maklumat ini.
Dalam situasi biasa, Google akan berikan website yang paling High Authority.
Website personal pun kadang kala tak masuk carta. Walau sebenarnya ada cara.
Contoh jika anda cari Apple iPhone 17 sudah tentu website Apple yang duduk 1st page.
Takkanlah Google nak letak website ejen dropship pula kan. Atau Seng Heng 🙂
Contoh Navigational Keyword
- Big Brand – Apple, Dell, HP
- Selebriti & Influenser – Siti Nurhaliza, Aliff Syukri, Jessica Alba
- Ahli Politik – Tun Mahadhir, Dato Seri Anwar Ibrahim
- Brand Anda Sendiri – Azham NotaSEO
Contoh Search Result SEO Keyword Navigational
Berikut adalah sebahagian dari result apabila anda mencari detail tentang sesuatu syarikat.

Ini contoh seo keyword nama artis

Ini contoh seo keyword nama brand Apple

Ini contoh seo keyword nama brand server

Ini contoh seo keyword nama brand saya Azham NotaSEO
Nampak the only brand yang anda boleh hasilkan adalah brand anda sendiri.
Tapi kalau anda tak tahu bagaimana nak buatkan brand anda kelihatan dan nampak trusted, saya boleh buatkan untuk anda.
Saya tiada contoh artikel yang boleh ditunjukkan.
Rasanya anda sendiri dah faham tentang seo keyword yang boleh diguna untuk dapatkan traffic.
Cumanya perkara yang anda kena faham, anda tak boleh nak “curi” brand orang lain.
Tetapi anda sudah pasti boleh tawan jenis navigational keyword untuk brand anda sendiri.
Kerana itu apabila orang berminat untuk nak tahu siapa anda, mereka akan buat carian tentang nama anda.
Jadi kalau anda nak upah Pakar SEO Malaysia, pastikan anda Google dulu brand mereka.
Jika ada 1-3 perkara saja yang duduk dalam 1st page Google, itu sememangnya perkara yang meragukan.
Jom Dapatkan : Khidmat Penulisan Artikel SEO
Ada Juga : Khidmat Penulisan SEO Product Description
Kalau Minat : Bina Brand SEO Pasaran Tempatan By Azham NotaSEO
Dan Kenali Saya : Azham Zanal Pakar SEO Malaysia
Tidak Lupa : Pakej Bina Website Perniagaan + SEO Artikel RM700 Saja
Secara amnya, kerja hakiki saya adalah bantu bina bisnes anda dari biashe – biashe jadi luarbiasa.
Dan saya berharap perkongsian tentang seo keyword ini dapat buka mata anda supaya tak buat kerja sia – sia.
Iaitu cuba rank bagi keyword yang bisnes anda tak boleh rank pun.
Salam Hormat, jumpa pula dalam artikel Jenis – Jenis Pelanggan.

