Sedang cari cara buat duit dengan tiktok affiliate ke tu?
Tapi anda belum ada 1000 follower untuk buka beg kuning.
Jangan risau memang boleh pun buat duit dengan tiktok affiliate walaupun belum ada 1000 follower.
Saya Azham NotaSEO akan ajarkan anda cara buat tiktok affiliate.
Hanya guna blog. Tak kisah sama ada blog percuma atau berbayar. Semuanya boleh.
Apakah TikTok Affiliate?
Bagi yang masih baru, pasti anda teruja bila tengok orang buat tiktok affiliate dapat ribuan ringgit.
Tapi serba sedikit yang anda tahu mesti nak kena ada 1000 follower dulu kan.
Tak semestinya, walaupun anda masih baru dan belum ada follower di tik tok, anda sebenarnya boleh bermula.
Saya akan tunjukkan cara saya buat tiktok affiliate dengan 0 follower.
Cara Buat Duit Dengan TikTok Affiliate
Terdapat beberapa langkah untuk mula buat duit.
Pertama sekali anda mestilah dah ada akaun tik tok. Kemudian baru boleh apply.
Daftar Affiliate TikTok
Mula – mula masuk ke profile anda dan klik pada tiktok studio.

Klik pada perkataan Tiktok Studio tu dan anda akan dibawa ke halaman berikutnya.

Pada kotak merah diatas, anda lihat Tiktok Shop For Creator. Klik Join.

Klik Apply.

Kat sini anda belum siap lagi proses daftar.
Yang ditunjuk diatas tu cuma dummy saja.
Yang dia tulis warna merah “Earn RM1.45” adalah komisen jika produk ni terjual.
Dan yang warna hitam RM14.50 adalah harga produk.
Klik “Share” mana – mana produk. kemudian anda akan dibawa ke halaman verifikasi.

Disini dia akan minta verify IC anda. Klik “Get Verified”
Langkah seterusnya saya tak tunjuk, anda ikut saja langkah untuk dia capture IC anda depan dan belakang.
Setelah siap, anda akan dibawa ke halaman “Tiktok Shop Creator Center”

Klik pada “Product Marketplace”

Ini yang akan terpapar dalam marketplace.
Anda boleh buat carian produk yang dikehendaki.
Seperti yang saya sebut diatas, harga adalah berwarna hitam.
Manakala yang ditulis “Earn RM13.20” adalah komisyen affiliate.
Seterusnya klik pada produk ini.

Ia akan terpapar seperti ini. Klik pada 2 anak panah ke atas untuk buka ruangan affiliate.
Dapat dilihat disini komisyen adalah 42%, yang mana ianya sangat tinggi.
Kebanyakkan produk tidak beri sebanyak ini, jadi teruskan mencari.
Tips: Jangan cuba menjual produk yang mahal dulu, cari yang murah seperti ini.
Komisyen rendah pun tak mengapa. Produk yang mahal sukar dijual.
Cari produk yang bercirikan “selesaikan masalah”, anda senang nak cerita nanti.

Perhatikan seperti review yang tinggi. Dan seller yang trusted.
Macam minyak ini ia dijual oleh HQ Produk jadi ia lebih dipercayai.
Klik Add To Showcase, kegunaannya apabila anda dah capai 1000 follower ruangan ini akan muncul pada profile.
Klik pada anak panah ke kanan untuk share. Ini yang kita perlukan sebenarnya.

Anda boleh share kepada rakan – rakan di tiktok atau pada whatsapp, fb, telegram.
Anda juga boleh copy link untuk di share ke tempat lain.
Saya suka share ke whatsapp bagi mudahkan saya nak guna nanti.

Ia akan terpapar seperti ini. Link yang ditunjukkan itu adalah “Link Affiliate Anda”.
Nanti kalau nak share pada rakan – rakan anda boleh hold beberapa saat dan link akan di copy di whatsapp.
Seterusnya kita nak pergi pula kepada beberapa kaedah untuk dapatkan pelanggan yang berminat dengan produk ini.
Kaedah Promosi
Since artikel ini adalah tentang cara buat duit dengan tiktok affiliate guna blog saya akan ajarkan guna blog percuma saja.
Oleh kerana saya adalah seorang Pakar SEO saya lebih prefer cara blog.
Namun jangan bataskan diri, sebab cara promosi ni ada berbagai – bagai.
Ada juga cara iklan yang akan makan lebih banyak duit.
Tetapi cara SEO biasanya akan makan masa sekitar 3 bulan untuk mulai ranking didalam Google.
Saya tahu anda tidak ada masa sampai 3 bulan untuk tunggu.
Lepas 3 bulan anda mungkin dah ada 20 posting atau lebih.
Masa itu anda akan mulai “Honeymoon” dengan pelawat percuma dari Google.
Cara ini masih sangat berkesan supaya mudahkan anda track prestasi anda.
Contohnya anda masukkan review produk didalam blog.
Kemudian anda boleh sebarkan link blog anda ke merata tempat seperti di FB, X, Threads dan lain – lain social media.
Cara ini lebih berkesan kerana banyak social media tidak sukakan link affiliate.
Jadi dengan share blog anda, proses ini akan jadi lebih mudah.
Tambahan pula anda buat 1 perkara tapi anda bakal dapat banyak kebaikan.
Maksud saya blog anda akan lebih mudah diindex di Google bila anda buat dalam blog.
Bayangkan pula jika anda ada 30 produk review didalam blog tersebut.
Didalam setiap review, anda boleh juga linkkan dengan produk yang sama tajuk.
Contoh minyak jungle girl ni ada banyak kegunaan seperti merawat penyakit kulit, sebagai minyak angin dan bantu masalah lain.
Dalam tiktok shop pula ada banyak produk yang ada fungsi sama seperti berbentuk krim dan minyak.
Jika anda buat beberapa review pastinya pelawat yang baca ada pilihan lain.
Saya Tak Tahu Menulis, Apatah Lagi Buat Review
Hahaha. Seriously anda ketinggalan.
Bukankah zaman ini ada banyak Ai yang boleh buat review secara percuma?
Saya ajar anda step by step.
1st masuk ke ChatGPT.Com dan daftar akaun.
Lepas tu tulis prompt seperti gambar.

Ini adalah prompt simple tapi powerful untuk hasilkan artikel yang bagus.
Cuma masukkan ayat:
“Tolong tuliskan detail seperti review, fungsi, cara guna, masalah yang diselesaikan Produk XXX dari tiktok shop”
Lepas tu tekan send.
Hasilnya pula seperti ini

Haa lihat sekarang ni review telahpun disiapkan oleh chatgpt.
Ia panjang juga dan penuh dengan info.
Cara Daftar Blog
Okey mula – mula masuk ke Blogger.com

Kemudian klik “Create Your Blog”

Seterusnya ia akan minta anda masukkan nama blog.

Seterusnya ia akan minta anda daftar url blog.
Disini saya letak “Ratna Review”. Alamat blog akan jadi
ratnareview.blogspot.com

Seterusnya ia akan suruh anda masukkan nama anda. Nama penulis blog ini lah.
Buat Review Post

Pada kanan bawah screen komputer, ada tanda tambah. Klik dan blog editor akan keluar.

Okey biar Ratna terangkan pasal seo.. Hahaha Ratna sangat!! Tiberrr 🙂
Apakah SEO
SEO ni kaedah bagi website kita mudah ranking pada muka satu Google.
Beberapa ayat pertama saya tulis sendiri, dan bermula dari Fungsi/Khasiat tu ditulis ChatGPT.
Tajuk Artikel : Review Minyak Jungle Girl 1001 Khasiat
Keyword Utama : Review Minyak Jungle Girl
Dalam seo, kalau keyword tu ada 1 ke 3 perkataan, kita kena mention dia 1.5% ke 2% dari total perkataan.
Contoh ada 700 patah perkataan, kalau 1.5% lebih kurang 10 kali kena sebut keyword tu.
Tapi kalau keyword tu ada 4 perkataan keatas, cukup mention 4 kali sahaja.
Sebabnya dia nampak tak natural kalau dalam sebutan biasa.
Macam keyword ni dia ada 4 patah perkataan, jadi Ratna (Tiberrr) mention 4 kali saja.
- Pada awal 160 huruf pertama wajib mention sekali – ditanda dengan BOLD
- Pertengahan artikel sekali – ditanda dengan ITALIC
- Akhir artikel sekali – ditanda dengan UNDERLINE
- Pada Heading (Tajuk Besar) sekali saja
Kalau ikutkan nama produk ni pun dah cukup panjang. Minyak Jungle Girl 1001 Khasiat.
Itu 5 word. Kalau saya bold hanya Review Minyak Jungle Girl dan tinggalkan 1001 Khasiat.
Nampak macam janggal pula ya. So saya boldkan full. Sama juga dengan italic dan underline.

Disini pada tajuk besar dan yang ditandakan italic merupakan mention ke dua dan ke tiga.

Seeloknya pada perenggan akhir, ayat terakhir kita mention dalam bentuk Underline pula.
Penulisan artikel seo ni dia kena setiap masa kita bercerita tentang keyword tersebut. Dari awal hingga akhir.
Lepas tu masukkan juga Link Belian (Link Affiliate Anda) ajak dapatkan.
Bawah dia mesti ajak pembaca klik juga artikel lain yang terdapat dalam blog anda.

Seterusnya, saya masukkan gambar yang ditandakan dengan nama Review Minyak Jungle Girl.

Cara nak buat ni dengan klik pada image yang dah di upload, akan muncul gambar Icon GEAR.
Klik dan muncul seperti diatas. Letak keyword pada Title dan Alt Text.
Maknanya Google akan nampak “Penekanan” tentang keyword yang anda nak artikel ni ranking.
Ia ada pada tajuk artikel, awal artikel, tengah, pada heading, akhir ayat dan pada gambar.
Keyword yang sama. Barulah nanti dia mudah ranking untuk keyword tersebut.
Ulangi perkara ini pada artikel yang lain.

Kat mana lagi anda boleh mention keyword ini?
Sudah tentu pada url. Klik Custom Permalink. Dan setkan seperti diatas.
Seterusnya klik pada location.

Pada saya ini ciri yang sangat baik yang ada pada Blogger, ia ada location.
Maknanya kena set location Malaysia sebab anda target pembeli dari Malaysia.

Last sekali klik publish. Nak preview dulu pun boleh untuk cek kesalahan ejaan jika ada. Dan link artikel tersebut anda boleh SEMAK DISINI.
Untuk pengetahuan anda, link affiliate ni cuma berfungsi dalam telefon saja.
Kalau dalam desktop dia tak muncul.
Memandangkan zaman ini lebih kurang 80% – 90% pelawat adalah dari telefon, memang ada kemungkinan akan terhasil jualan.
Kegunaan Lain
Anda boleh share link ini di pelbagai social media.
Saya Ada Buat : Khidmat Tulis Artikel SEO
Dan Juga : Khidmat Bina Website Murah
Pelawat yang masuk mungkin baca je, tapi dia sebenarnya tolong indexkan blog anda sehingga naik ranking.
So itu saja untuk artikel kali ini tentang cara buat duit dengan tiktok affiliate. Jumpa lagi dalam artikel yang lain.

